Thursday, 12 September 2013

OH...RINDU KAMPUNG


Teringat zaman sekolah dulu, masa kawan kawan sibuk
dengan baju sekolah pelbagai jenama.
sibuk di pamerkan kepada kawan lain.
Jenama Kawan la, Canggih la, Bagus la
Dan aku, baju kurungku di jahit sendiri oleh mak tersayang.
 
Dan kini setelah lama aku tinggalkan
zaman persekolahan itu, aku berfikir sejenak.
Betapa beruntungnya aku, betapa bertuahnya aku.
Setiap hari kesekolah bersama kasih sayang mak.
Buktinya itu! Baju yabg di jahit sendiri, di sembat sendiri.
Masih teringat senyuman mak ketika baju itu di Acu ke tubuhku.
Setiap pagi pasti ada bekalan dan air untukku.
Buat makan tengahari kata mak..
 
 
Oh...rindu mak
Rindu kampung..