Sunday, 7 April 2013

APAM BERAS GEBUSSS~

Bila time-time cuti ni tangan cik alin ni memang
tah gheti nak dok diam. Lelagi kalau dok depan ipad ni google2 resepi.
So, terjebak la nak buat Apam Beras ni.

  
Apam Gebuss     
Meh tengok resepinye lak ye kengkawan.

Bahan-bahan (boleh dapat 30 biji)

1 cwn nasi
1 cwn tepung gandum
  1cwn tepung beras
  1cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
  1 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

pada yang tak tau, cik alin guna acuan ni
untuk buat apam. Alaah..cari je kat
kedai 2 inggit.. 2 inggit dapat sedozen  

gamba ehsan en. google :)
 
Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
8. Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit..(kalau korang xde pengukus, kukus pakai rice cooker pon boleh)
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Makan petang-petang pastu sambil minum teh o panas..
memang syok! 
Selamat mencuba