Tuesday, 17 December 2013

Mustafa Kemal Ataturk : Pemimpin Islam Yang Dilaknat! BACA!!

Pernah dengar cerita pasal Mustafa Kemal Atarturk?
Tak pernah? Meh nak cerita kat korang yang tak tau tu..

Mustafa Kemal Ataturk adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman atau Uthmaniyah sedang diceroboh oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kemal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Antara kehendak atau dasar yang digunakan oleh Mustafa Kemal sepanjang pemerintahannya:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Di saat kematiannya, Allah S.W.T telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi dan panas sepanjang masa.

Mustafa Kemal tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah S.W.T itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah S.W.T tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Wallahualam.

(Sumber dari internet)


Thursday, 12 December 2013

Minum COKE boleh buat period cepat habis..Betul ke?


Pernah minum coke time cik piyed datang tak?
Aritu aku ada try minum sebab terjebak orang cakap
coke ni boleh bagi piyed habis cepat. 
Dengan syoknye minum sebotol Vanilla coke you! Memang patut tak boleh stop minum
Minum ni pon sebab nak pegi mandi kat Wet World.
Kang kalo pegi time piyed, melepas laaa pulak nak mandi kolam..huhu
Here the story begin after minum coke. 
Malam tu sakit pinggang macam nak tercabut!
Sampai nak menyandar pun seksanya lahai.
Ni rupanya penangan nak piyed habis cepat kan..
Padan muka diri sendiri..kuikui
Tapi memang mencurah-curah keladang gandum laaa.(Err...korang pahamkan?)
Konklusinya (haaa! kemain bahase kome yek)
Minum coke memang boleh lancarkan piyed
DAN membuat pinggang sakit macam nak tercabut.
Sekian

xoxo



Wednesday, 4 December 2013

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku



Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

credit to gentarasa

Tuesday, 8 October 2013

JOM MAKAN DI PEPPER LUNCH

Haa...nampak tak entry kat atas tu. Ni entry mencekik ye.
So sesapa yang on diet tak digalakkan baca sebab nanti ada yang terliur..haha
Sesapa yang tak tau Pepper Lunch..ni ha gamba logo kedai.

En google pinjam gamba eh..
Tadaa~~
Inilah pepper lunch nye. Konsep makan kat sini adalah D.I.Y
Kenapa DIY? Sebab korang kena masak makanan korang sendiri
sebab setiap hidangan di sertakan sekali dengan Plat ion yang boleh panas
sehingga 20 MINIT ye. So makanan korang akan
sentiasa panas.
Cara makan, dapat je order korang terus gaul-gaul kan semua yang ada dalam plate tu
lepas tu korang letak sos.
Sos garlic dan sos madu kot.. Lupe daaa


Nama set kat atas ni CURRY BEEF PEPPER LUNCH
very recomended ye. Sebab sesuai dengan tekak orang melayu kita ni.
Pedas pedas berempah gitu tapi cik alin taruk gak sikit chili flakes..bagi berapi..haha..
Gambar kat atas ni selepas sesi menggaul ye.
xcited sangat ahkak ni menggaul, sampai tak sempat amik gamba sebelum..kiki
Harga : RM 13 ++
Set ni didatangkan sekali dengan miso sup.


Nama set ni BURGER STEAK & BEEF YAKINIKU
set ni sangat kenyang ye sebab datang sekali dengan nasi dan miso sup
Yang ni pun kena menggaul ye kengkawan.
Nampak tak bekas bulat yang ada sos tu. Masa gaul tu, korang tuang sekali
sos tu. Perghh lagi sedap
Harga : RM 15++

Harga : ***
Makanan : ****
Keseronokan : ****

Owh..yang ni cik alin makan kat One Utama ye. Kat dalam Food Republic.
Sesapa yang tak tau kat mana One Utama sila angkat tangan!
Emm...tak de orang angkat tangan, maknanye sume tau..
kuikui..


Wokeh...till then
xoxo



Friday, 27 September 2013

PATI DELIMA GULSAN

Mesti pernah dengar kan pasal pati delima Gulsan ni.
Tapi selalu skip nak tau apesal la orang sibuk pasal si Gulsan ni..haha
Ekceli Cik Alin da try minum pati Gulsan ni.
Pada sesape yang tak tau macam mana pati delima Gulsan ni..meh terjah gambar




Antara khasiat Pati Delima Gulsan

  • Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal 
  • Membersihkan hati dan urethra
  • Memperkuatkan sistem penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah ‘morning sickness’
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  • Boleh meghilangkan kahak
  • Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Testimoni Cik Alin sendiri selepas minum jus delima ni selama seminggu, yang paling
nampak sekali kesan adalah badan tak rasa penat.
Selalu ke toilet untuk buang toksin dan selalu buang angin..hehe
Mungkin buangkan angin yg ada dalam badan ni kot.,huhu
Kulit muka jadi lebih berseri.
Rasa masam manis tu buat Cik Alin rajin nak minum.
Cik Alin kacau dengan air. Masukkan satu sudu pati delima dan satu sudu madu
Fuhh...sedap..

Kalo korang berminta, boleh email Cik alin ye..Harga RM 15 je.
balqishqaseh@yahoo.com

Thursday, 12 September 2013

OH...RINDU KAMPUNG


Teringat zaman sekolah dulu, masa kawan kawan sibuk
dengan baju sekolah pelbagai jenama.
sibuk di pamerkan kepada kawan lain.
Jenama Kawan la, Canggih la, Bagus la
Dan aku, baju kurungku di jahit sendiri oleh mak tersayang.
 
Dan kini setelah lama aku tinggalkan
zaman persekolahan itu, aku berfikir sejenak.
Betapa beruntungnya aku, betapa bertuahnya aku.
Setiap hari kesekolah bersama kasih sayang mak.
Buktinya itu! Baju yabg di jahit sendiri, di sembat sendiri.
Masih teringat senyuman mak ketika baju itu di Acu ke tubuhku.
Setiap pagi pasti ada bekalan dan air untukku.
Buat makan tengahari kata mak..
 
 
Oh...rindu mak
Rindu kampung..

Friday, 12 July 2013

AKU, KUIH DAN RAMADHAN

Alhamdulillah, berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.
Selamat berpuasa korang. Rasanya tak terlambat lagi kot nak wish..huhu
Bila cakap pasal bulan puase apa yang pertama pertamaaa sekali korang ingat?
Kalo cik alin la, ofkos ingat kat BAZAR. Haa..nampak tak
kuat makan di situ aaannnnnd kalau ada bazar, ofkos la ade macam macam kuih 
dan lauk pauk + air buah yang kemain sejuk menggoda tu.
erkk...panjang mukadimah yek
sebenarnye nak cerita pasal kuih yang FEYMES masa bulan puasa ni..

1. KUIH TEPUNG PELITA
Juga dikenali sebagai kuih tepung gomak..Eh! tak tak, gurau je.
 En. google pinjam gambaq sat naa.


2. KUIH BADAK BERENDAM
kekadang aku pelik gak, nape namanye BADAK berendam. 
Kenapa tak letak GAJAH berendam ke, ZIRAFAH ke..
why badak...why...
why?? ehem..terEmo pulak..kiki 


3. KUIH LOPES
kuih ye kengkawan..bukan jenab lopes tu..ops!


4. MURTABAK
yang ni kategori kuih ke? Sebab kan saiz murtabak ni makin lama makin kecik
kat bazar tu so cik alin letak dalam kategori kuih la yek. Sebabnye sekali mengadap je
benda ni. Masa zaman sekolah dulu, murtabak ni besar IPAD MINI tau..huh


5. ONDE ONDE
haaa...atau orang salu panggil Buah Melaka. Makan satu tak cukup
salu kena makan seploh biji baru kenyang.


6. SERI MUKA
atau muka seri..eh! haha.


7. KUIH CARA BERLAUK
kuih ni memang rear sangat. Susah nak jumpa kalo kat bandar.
cik alin suke betul yang ada letak daging tu..pedas pedas sket..fuh!


8. KUIH CARA MANIS
yang ni kuih cara jugak, tapi manis.
dalam ada gula ye adik-adik. 


9. KARIPAP
yang ni ALL TIME FEVERET yek. memang champion la kuih ni.


10. KUIH BAKAR PANDAN
yang ni pun susah nak jumpa. Selalunya time bulan puasa ni la
nak jumpa kuih tradisional ni.


p/s: Selamat berbuka ye. Doa makan jangan lupa bace tau. :)









Sunday, 7 April 2013

APAM BERAS GEBUSSS~

Bila time-time cuti ni tangan cik alin ni memang
tah gheti nak dok diam. Lelagi kalau dok depan ipad ni google2 resepi.
So, terjebak la nak buat Apam Beras ni.

  
Apam Gebuss     
Meh tengok resepinye lak ye kengkawan.

Bahan-bahan (boleh dapat 30 biji)

1 cwn nasi
1 cwn tepung gandum
  1cwn tepung beras
  1cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
  1 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

pada yang tak tau, cik alin guna acuan ni
untuk buat apam. Alaah..cari je kat
kedai 2 inggit.. 2 inggit dapat sedozen  

gamba ehsan en. google :)
 
Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
8. Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit..(kalau korang xde pengukus, kukus pakai rice cooker pon boleh)
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Makan petang-petang pastu sambil minum teh o panas..
memang syok! 
Selamat mencuba 

 

Tuesday, 26 March 2013

Jom Kira Kalori


Pernah tak korang diet tapi berat tak turun turun. 
Sebenarnya kita kena kira jumlah 
KALORI yang di perlukan untuk
satu hari.  
 untuk lelaki, sehari perlukan 1600 - 2200 kalori ;
manakala pompuan lak, sehari perlukan 1200 - 1800 kalori.
 Ni Cik Alin share ngan korang
makanan yang korang selalu melantak
dengan nilai kalori.


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
 
ok..korang kira lah ye apa yang korang perlu 
makan untuk mencapai hanya 
  1200 - 1800 sehari.
Selamat mengira u oll..hehe :)
 
 
 

 



Thursday, 21 March 2013

GEMOK..OH TIDAKKK!!

En. Penimbang Berat
 Pernah tak korang rasa bila nak je pakai baju pebret korang
pastu tak muat..ohhgosh!
mesti rase sentap tetibe kan..
pastu bile pegi mane-mane function pastu orang tegur
"eh, macam dah kembang sikit la u ni"
owh..terasa nak menyorok bawah skirting meja!!
TIDAKK!!
 
Actually cik alin pernah mengadap statement yang ke dua tu.
Cik alin ni tak de lah gemuk sesangat.
Maybe skarang ni ati senang kan..so naik la sekilo dua..kihkih
SO cik alin dengan penuh cekal dan gigih 
ni nak DIET.
(sebut dengan penuh semangat ye kengkawan)
 
Pagi
Cocoa collagen
oat (dlm kuantiti sikit)

T/Hari
Air suam
Lauk Ayam dan sayur
tiada nasi

Minum Petang
Sepotong buah-buahan

Malam
Air suam
Ikan Panggang dan sayur
tiada nasi
Sepotong buah

Doa-doakan la berjaya ye.
Jangan hangat-hangat taik ayam sudehh..

 


 

Friday, 8 March 2013

Menambahkan Lemak di Pizza Milano

Fuhh.....Fuuhhhh..
berhabuk-habuk blog ni yek almaklumlah dah lama cik alin x update.
nak tanye ni, engkorang pernah tak makan kat Pizza Milano?
Alaaaahh, yang kat One Utama tu..

  haa..ni la Pizza Milano One Utama

Sebenarnya dah lama lalu lalang depan kedai ni tapi baru aritu 
ajak cik bulat dine in sini..hehe
makan sedap harga pun berpatutan yek kengkawan.
 Moh kite tengok ape yang cik alin melantak kat sini.
 
ni Lasagne Beef 
 
kiut je bekas lasagne ni kan..haa rase nak gigit2 je.. =P
rase dia soo sedap. Tara tipu punye..hehe
potion dia pun bersesuaian untuk sorang makan.
harga RM 10 ++

Pizza Tuna delight

haa..yang ni pulak Pizza Tuna Delight
Kerak yang bawah tu tak terlalu tebal. Just nice :)
Topping atas tu pulak tak rasa terlalu tuna..hehe korang faham tak?
cendawan atas topping tu buat pizza tu much better.
harga RM 9 ++
 

Air cik bulat Smoothies vanilla. Memang best sebab ada fresh cream
atas air tu. Cik alin pulak order air ice lemon tea.
Dah makan cheese banyak ni kne la minum sejuk  + masam.
fresh je rase dia uollll..hehe
apa lagi, weekend2 ni jom la melantak Pizza Milano :)




 

Monday, 21 January 2013

Cara Baca Bar Kod Pada Produk

TIPS MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN
 
 

 
Rakyat malaysia khususnya begitu mengambil berat mengenai makanan yang mereka beli pada hari ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir bahawa setiap bar kod pada produk makanan mewakili negara asal yang menjadi pengeluar?

Di sini, kita akan memberi sedikit tutorial mengenai bagaimana nak membaca bar kod pada produk makanan.

TUTORIAL MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN

Sentiasalah membaca label pada produk makanan yang anda beli. Apapun yang produk makanan itu hebahkan, pastikan anda belek depan belakang dan baca setiap label terutama kandungan nutrisi pada makanan dan label HALAL pada produk makanan yang anda ingin beli.

Sekarang ini, terlalu banyak produk makanan dari negara luar khususnya China menembusi pasaran Malaysia dan status keselamatan produk makanan dari negara terbabit masih menjadi tanda tanya.
SEKARANG INI, PENGELUAR PRODUK MAKANAN CHINA SUDAH MENGETAHUI YANG RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA TIDAK MENYUKAI PRODUK "MADE IN CHINA" JADI MEREKA TIDAK AKAN MELABEL DARI MANA PRODUK MAKANAN TERBABIT DIKELUARKAN.

Dunia sekarang begitu mengambil berat mengenai isu GMO (Genetically Modified Organism) dan haiwan yang diberi makan makanan steroid yang membolehkan hasil tuai yang cepat dapat dilaksanakan.

Oleh itu, adalah sangat penting kita mempelajari teknik membaca bar kod agar kita hidup aman sentosa dan dijauhi dari semua jenis bahaya produk makanan yang boleh membawa penyakit dan kematian.

Jika 3 digit pertama menunjukkan 690, 691 atau 692, produk makanan terbabit berasal dari CHINA

471 adalah buatan Taiwan,

Jika bar kod menunjukkan 00-09 ia merupakan buatan atau dikeluarkan oleh USA.

Ia merupakan hak kita untuk ambil tahu.

Sekarang, anda bolehlah merujuk kepada bar kod dan ingat setiap tiga digit pertama ini ;

890 : MADE IN INDIA
690, 691, 692 : MADE IN CHINA
00 - 09 : USA and CANADA
30 - 37 : FRANCE
40 - 44 : GERMANY
471 : TAIWAN
49 : JAPAN
50 : UK

Marilah kita bersama cek dari mana asalnya makanan kita tu ye.. INGAT!! rujuk 3 DIGIT PERTAMA

Wednesday, 16 January 2013

Cocoa Collagen Power Plus..Memang Power

Korang pernah dengar tak name ni? tak pun tengok aje lah gambo bawah ni..



Cocoa collagen atau CCPP ni dah lame orang perkatakan.
Cik alin sendiri dah cuba tau. Rasa dia sedap. Alaa rasa macam kopi
 korang minum pepagi tu tapi rasanya lebih lemak berkrim (kemain!) hehe
Buat masa ni dah 2 bulan cik alin amalkan dan resultnya
amatlah membanggakan!!
Kulit muka rasa lembap je bukanmasa bangun pagi je...ni sepanjang hari tau!
Bila bangun pagi pn badan terasa bertenaga je.sakit2 badan sebab kerja 8 jam
mengadap PC pun dah tak ada. Kulit memang pn nampak glow sikit (yang ni hubby yang 
bagi tau) haaa...
Meh kita tengok ape kandungan dalam CCPP ni..

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus

1. Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

4. Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan

6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem  badan.



Kebaikan dan Khasiat

1. Membantu mengimbangi hormon

2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut

3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit

4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung

5. Melambatkan proses penuaan

6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri

7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah

8. Mencerahkan kulit secara semulajadi

9. Memberikan tenaga

10. Membantu mengurangkan keguguran rambut

11. Melancarkan peredaran darah dalam badan

12. Mengimbangi berat badan

13. Meningkatkan daya penghadaman

14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot



Cara Pengambilan

- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.

- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.

- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang

- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.



Penggunaan

1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.

2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)

3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki